Kempen mempromosikan kenderaan kereta lembu kepada pelancong dan generasi sekarang.
Kereta lembu merupakan kenderaan dua roda yang ditarik oleh lembu. Ia merupakan pengangkutan yang digunakan sejak masa silam lagi dikebanyakan tempat di dunia. Ia masih digunakan hari ini di mana kenderaan moden terlalu mahal atau infrasturktur tidak menyokong kereta.Kereta lembu yang ditarik oleh seekor lembu atau lebih kebiasaannya digunakan bagi mengangkut barangan. Rangka kereta dipasang pada lembu penarik dengan menggunakan rantai khas yang diikat pada kayu gandar, tetapi tali sahaja mungkin juga digunakan bagi seekor atau dua lembu. Pemandu dan pengiring barangan akan duduk di hadapan, dan beban dimuatkan di belakang. Secara tradisi barangan di bawa merupakan hasil pertanian dan balak.Kereta lembu di Malaysia digunakan sebelum kereta digunakan, dan sehingga sekarang masih ada yang digunakan, termasuk kereta lembu pembawa penumpang. Pada masa kini ia digunakan terutama sebagai tarikan pelancong. Kereta lembu yang membawa penumpang biasanya dilengkapi dengan atap sebagai perlindungan dari terik matahari dan hujan, dan ia sering kali dicat dengan warna terang dan ceria.reka bentuk kereta lembu yang unik dan menarik dapat dijadikan sebagai salah satu cara untuk menarik minat para pelancong untuk datang ke malaysia namun generasi sekarang semakin kurang berminat dengan kereta lembu dan menganggap ianya hanya sebuah kereta lama sahaja.oleh itu, dengan mempromosikan kereta lembu ini dapat menaikkan lagi martabat kereta lembu ke tahap yang lebih tinggi.